Pesakit kanser yang dirampas MyKad meninggal dunia

Pesakit kanser yang dirampas MyKad meninggal dunia

Seorang pesakit kanser yang menjadi perhatian media selepas mendakwa MyKad miliknya dirampas secara salah oleh pihak berkuasa kerana mempertikaikan kerakyatannya, meninggal dunia pagi tadi.

Lina Samuel meninggal dunia di Hospital Lawas kira-kira 7 malam, kata aktivis, Agnes Padan. Lina berusia 65 tahun.
Agnes memberitahu FMT bahawa Lina, yang menghidap kanser usus tahap empat, dimasukkan ke hospital kira-kira 10 malam semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.



“Dia menggunakan alat bantuan oksigen ketika tiba di hospital tetapi keadaannya bertambah teruk dalam sekelip mata,” kata Agnes.

Agnes berkata keluarga Lina sedang bersiap sedia untuk membawa jenazahnya pulang ke rumah keluarga mereka di Long Sebangang, Lawas. Lina meninggalkan dua anak lelaki dan dua anak perempuan, yang semuanya tidak mempunyai kerakyatan.

Awal bulan ini, Lina berkata, dia bimbang untuk ke Miri bagi mendapatkan rawatan perubatan selepas mendakwa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Lawas merampas MyKadnya November lalu apabila mahu menukar alamat untuk mengundi.

Lina kemudiannya diberikan MyKad sementara oleh JPN cawangan Kuching sementara siasatan dijalankan terhadap dakwaannya.



Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata MyKad milik Lina dirampas kerana dia dipercayai warga Indonesia berdasarkan apa yang tercatat pada sijil kelahiran anak-anaknya.

Bagaimanapun, dalam temu bual dengan Malaysiakini, Duta Besar Indonesia Hermono berkata undang-undang kewarganegaraan Indonesia tidak membenarkan seseorang itu tanpa kerakyatan. Beliau juga berkata Lina “tidak pernah mempunyai dokumen yang menunjukkan dia seorang warga Indonesia”. FMT

Pesakit kanser yang dirampas MyKad meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin



Ameera Khan jadi pengantin tahun depan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker