Rumah Ngeh Koo Ham terbakar diserang, DAP kecam serangan ‘Molotov Cocktail’

Kebakaran berlaku di rumah Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham pada sebelah pagi tadi, dengan polis mengesyaki ada unsur khianat.

Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri tidak menolak kemungkinan kebakaran itu melibatkan tindakan khianat sambil menyatakan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.

“Betul, polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai aspek. Saya mohon mana-mana saksi untuk tampil membantu siasatan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada polis mengesyaki tindakan khianat dalam kejadian itu.

Pengarah Bomba Perak Sayani Saidon ketika dihubungi berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran, namun tidak menolak kemungkinan tindakan khianat.

Dia berkata pihaknya telah menggerakkan penyiasat forensiknya, manakala anjing penghidu K9 juga dikerahkan untuk membantu siasatan.

SinChew Daily melaporkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 2.50 pagi itu.

Menurut laporan itu, tiga kereta musnah dalam kejadian berkenaan, termasuk Mercedes E300, yang terbakar kira-kira 80 peratus. Turut hangus sebahagiannya ialah Honda CRV dan Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah.

Ngeh dan isterinya dilaporkan tidur semasa kejadian sebelum mereka dikejutkan oleh orang yang lalu lalang yang membunyikan loceng rumah dan memaklumkan kebakaran itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.05 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 3.12 pagi.

Ngeh, yang juga Pengerusi DAP Perak membuat laporan mengenai perkara itu di balai polis Ayer Tawar.

Masih belum dapat dipastikan sama ada kebakaran itu melibatkan tindakan khianat.

Ngeh baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana cadangannya memasukkan pakar bukan Islam dalam jawatankuasa khas untuk mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Berikutan tindak balas yang meluas, dia memohon maaf dan menarik balik cadangannya.

Pada masa yang sama DAP mengecam sekeras-kerasnya apa yang dipercayai serangan ‘Molotov cocktail’ ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham awal pagi ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata dia dimaklumkan oleh Ngeh mengenai kejadian itu yang berlaku awal pagi tadi.

“DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ganas ini yang mengancam keselamatan nyawa keluarga beliau dan menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat kita,” kata Loke, sambil menambah DAP bersolidariti dengan Ngeh dan keluarganya.

“DAP juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan PDRM supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat, sambil menyatakan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.

SinChew Daily melaporkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 2.50 pagi itu.

Menurut laporan itu, tiga kereta telah musnah dalam kejadian itu, termasuk Mercedes E300, yang terbakar kira-kira 80 peratus. Turut terbakar sebahagiannya ialah Honda CRV, dan Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah.

Ngeh dan isterinya dilaporkan tidur semasa kejadian sebelum mereka dikejutkan oleh orang yang lalu lalang yang membunyikan loceng rumah dan memaklumkan kebakaran itu.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker