Rasuah KFA: Giliran Sanusi akan mengadap SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Sumber SPRM pula berkata siasatan dilakukan selepas suruhanjaya itu menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan memperoleh projek di Kedah jika menyalurkan dana ke akaun KFA.

Katanya berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri dan KFA berjanji akan memberikan projek pembinaan serta perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

“Bagaimanapun, selepas kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek seperti dijanjikan individu terbabit,” katanya.

Sumber itu juga berkata kontraktor tersebut telah membuat laporan kepada SPRM selepas berasa ditipu oleh individu terbabit.

Pada Jumaat lepas, media melaporkan SPRM mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat individu berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun termasuk Ketua Pegawai Eksekutif KFA bagi membantu siasatan dalam kes meminta dan menerima rasuah lebih RM6 juta pada 2020.

Menurut sumber, wang itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Pihak KFA mengesahkan bahawa CEO persatuan itu Zulkifli Che Haron ditahan reman namun dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai memberi keterangan bersama tiga individu lain.

Semalam, Sanusi yang juga Presiden KFA berkata dia sedia memberi kerjasama jika dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker