Isteri parah ditikam, suami maut terjatuh dari kondo 17 tingkat

PETALING JAYA: Seramai 48 wanita warga asing dipercayai terlibat dengan sindiket pelacuran ‘outcall girl’ ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam operasi khas di tiga lokasi berasingan di ibu negara, kelmarin.

Dalam operasi pada pukul 8 malam itu, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 36 tahun serta terdiri daripada 32 warga Indonesia, 13 warga Thailand dan tiga warga Vietnam.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, modus operandi sindiket itu  dengan mempromosikan khidmat seks wanita warga asing dengan menggunakan foto mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp.

Katanya, wanita warga asing terbabit kemudiannya akan dipilih sebelum diuruskan penghantarannya ke hotel atau tempat yang dikehendaki pelanggan.

“Pesanan itu dibuat melalui seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘transporter’.

“Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan antara RM400 hingga RM1,200 mengikut pakej disediakan dan transaksi bayaran secara tunai atau secara dalam talian sebelum ‘outcall girl’ diserahkan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jafri, hasil siasatan juga mendapati sindiket itu disyaki sudah beroperasi sejak setahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Afghanistan, seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ dan dua lelaki tempatan berperanan sebagai penjaga premis yang kesemuanya berusia antara 34 hingga 44 tahun.

Jelasnya, hasil semakan awal mendapati lapan wanita warga Thailand yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial yang masih sah laku manakala yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

“Pasukan operasi turut merampas sejumlah kondom, peralatan seks, lapan pasport Thailand, wang tunai RM300, tuala, peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan sebuah kereta Perodua Axia.

“Operasi khas itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya susulan aduan dan risikan selama dua minggu.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pasukan operasi diatur gerak ke premis dan melaksanakan serbuan,” katanya.

Mengulas lanjut, Jafri berkata, semua warga asing ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Mereka dibawa di Depot Imigresen Semenyih, Selangor, manakala seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.

“Dua lagi lelaki tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, manakala seramai lima lelaki tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.

 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker