PSB akan dibubarkan dan sertai PDP tahun depan

Parti Sarawak Bersatu (PSB) dijangka dibubarkan sebelum sambutan Tahun Baru Cina (CNY) tahun depan selepas parti tersebut menerima ‘lampu hijau’ untuk kira-kira 80,000 ahli menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) secara serentak.

Timbalan Presiden I PSB Dr Johnical Rayong Ngipa berkata perkara tersebut dimaklumkan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh kepada beliau pada Ahad dan mereka akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu bagi mengetahui prosedur pembubarannya.

Beliau berkata proses seterusnya diikuti mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membubarkan PSB manakala PDP juga akan mengadakan EGM untuk menerima kemasukan bekas ahli-ahli parti tersebut.



“Kami rancang untuk bubar PSB, iaitu kami akan berada di bawah payung besar PDP dan sudah tentunya akan menjadi sebahagian daripada GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya kepada media pada majlis sambutan Pra-Krismas dan Tahun Baharu 2024 PDP di Sibu, Sarawak, Ahad malam.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 2021, PSB bertanding sebagai parti pembangkang dan hanya mampu memenangi empat daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, menerusi Soon Koh di Bawang Assan, Dr Rayong (Engkili), Baru Bian (Ba Kelalan) dan See Chee How (Batu Lintang).

Pada Ogos tahun lepas, See telah bertindak keluar dari PSB dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bebas dalam DUN Sarawak.

Pada 13 Julai lepas, PDP yang diwakili Presidennya Datuk Seri Tiong King Sing dan Soon Koh yang mewakili PSB telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama untuk melihat kemakmuran dan kestabilan politik dalam negara.



Selain PDP, GPS yang merupakan gabungan parti tempatan Sarawak turut melibatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Dr Rayong berkata langkah menyertai PDP adalah tanpa syarat dengan hasrat untuk sama-sama memainkan peranan membangun dan memajukan Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Kami lupakan latar belakang politik dan ideologi. Kami bergabung dalam satu parti dan menyokong kepimpinan Premier (Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan seterusnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di peringkat Persekutuan,” tambahnya.

– Bernama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker