Ibu bapa sanggup ‘tipu pendapatan’ kerana mahu anak dapat tempat di MRSM

Status Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) antara pusat pendidikan berprestij menyebabkan ada ibu bapa sanggup menipu pendapatan ‘supaya dikategorikan B40’ bagi memastikan anak mereka mendapat tempat.

Pensyarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Saedah Siraj berkata mereka tahu kualiti pendidikan di MRSM, milik agensi kerajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu ‘boleh dipuji’.

“Ibu bapa tahu kualiti MRSM, maksudnya ada segelintirnya nak masukkan anak ke sana sehingga sanggup menipu.



“Mereka mahu sangat anak masuk ke sana,” katanya kepada FMT mengulas teguran Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki susulan tindakan segelintir individu menipu pendapatan untuk dikategorikan B40 supaya anak mereka diterima memasuki MRSM.

Saedah berkata untuk mengelakkan penipuan itu seperti itu Mara perlu lebih tegas dan mencari kaedah penilaian untuk menentukan jumlah pendapatan sesuai dan adil.

Walaupun tiada dasar menyatakan hanya pelajar miskin boleh memasuki MRSM, Mara mengutamakan keluarga golongan berpendapatan rendah dalam pengambilan pelajarnya.

Dasar agensi itu menetapkan kuota 60% pelajar MRSM dari kalangan B40, manakala selebihnya mereka yang layak iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) daripada kalangan M40 dan T20.



Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Mohamad Ali Hasan pula mencadangkan Mara mengeluarkan ‘memo peringatan’ pada borang permohonan MRSM supaya ibu bapa mengemukakan maklumat sahih.

“Jika didapati bercanggah, tindakan susulan perlu diambil sebab kita nak beri sebahagian daripada ruang, tempat belajar kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang turut mencadangkan penggunaan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dalam menapis permohonan.

Katanya, mereka yang mempunyai rekod menipu pendapatan sepatutnya disenarai hitam kerana telah mengambil hak orang lain yang lebih memerlukan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker