Mat Sabu bidas pemimpin Amanah yang berebut jawatan sehingga parti berantakkan

Presiden Amanah Mohamad Sabu membidas sesetengah pemimpin parti Amanah yang merebut jawatan tertinggi parti itu supaya berlangsung secara sihat dan mengelakkan perpecahan sesama ahli.

“Saya mahu semua perwakilan dan ahli akar umbi parti tahu dan sedar, bahawa parti kita juga terdedah kepada konflik dalaman dan keberantakan, seandainya ahli-ahli juga kehilangan kompas moral dan mula memperjuangkan kepentingan diri atau kelompok tertentu, dalam parti yang kita sayangi ini.

“Bersainglah secara sihat, terbuka, telus dan demokratik ‘Fastabiqul Khairat’ (berlumba-lumba berbuat kebaikan).



“Saya mahukan semua peringkat parti, samada di peringkat Nasional, Negeri, sayap Awan, Pemuda, Warda, kawasan sampai ke cawangan, supaya merapatkan saf sejurus selepas pemilihan parti ini selesai.

“Bak kata pepatah Melayu, biduk lalu, kiambang bertaut,” kata ketika berucap merasmikan Konvensyen Amjanah Nasional di Klang hari ini.

Pidato presiden ini kemudiannya akan dibahaskan para perwakilan Amanah.

Atur cara konvensyen juga menyaksikan satu taklimat khas berhubung perkembangan semasa situasi di Palestin akan diadakan dengan perkongsian disampaikan oleh wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).



Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul oleh perwakilan sebelum sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 dijalankan esok.

Kemudian, pemilihan lima jawatan tertinggi termasuk presiden akan berlangsung dalam kalangan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah.

Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon telah menyerahkan borang pencalonan, termasuk Mohamad Sabu, dua naib Presiden iaitu Mujahid Yusof Rawa dan Adly Zahari serta Dr Zulkefly Ahmad.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker