Bangga dengan ajukan Madanon – Ketua Wanita Amanah

Bangga dengan ajukan Madanon – Ketua Wanita Amanah

Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu berkata penyokong Pakatan Harapan (PH) terutama sayap parti itu seharusnya bangga dengan ajukan “madanon” oleh penyokong lawan.

Frasa itu lazimnya digunakan penyokong Perikatan Nasional (PN) untuk merujuk pentadbiran kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim yang menggunakan slogan Malaysia Madani.



Menjelaskan kenyataan itu, Aiman yang juga ketua Wanita PH berkata slogan madani mempunyai nilai positifnya seperti ditulis Faisal Othman menerusi tulisannya berjudul “Masyarakat Madani Malaysia:Asas dan Strategi”, termuat dalam buku Masyarakat Madani: Satu Tinjauan Awal’ pada 1997.

Menurut Aiman, tulisan itu menyebut tunjang utama madani menggabungkan industrialisasi, inovasi dan teknologi moden selain mempunyai akhlak, moral serta integriti.

“Jadi madanon adalah individu dengan akhlak dan beramanan.

“Orang nak panggil kita madanon pun takpelah, kita lawan walaun (merujuk ajukan untuk penyokong PAS),” katanya dalam ucapan Konvensyen Wanita Amanah nasional.



“Janganlah kita ikut serta pelecehan terhadap gagasan ini yang sebetulnya murni dan berteraskan keislaman.”

Konvensyen itu dirasmikan Naib Presiden Amanah Adly Zahari.

Aiman yang juga Ahli Parlimen Sepang berharap wanita diberi lebih banyak peluang baik dalam parti dan kerajaan, dengan menegaskan kuota wanita tidak harus dilihat sebagai kuota gender tetapi sebagai demokrasi itu sendiri.

Katanya, stereotaip hegemonik maskuliniti harus ditamatkan dan menjadi perbezaan antara PH dengan pihak lawan.



“Cara fikir lapuk yang lama bahawa penyertaan wanita adalah satu tokenisme perlu dikuburkan hari ini.

“Wanita bukan semata-mata aksesori dalam jentera politik untuk menjaring undi, kita telah buktikan keikhlasan, kesungguhan, segenap daya upaya dan gagasan memajukan Malaysia secara madani,” katanya. FMT

Bangga dengan ajukan Madanon – Ketua Wanita Amanah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker