Pelawak dibunuh selepas bertemu ‘teman wanita dalam talian’

PELAWAK terkenal Amerika Syarikat, Tou Ger Xiong ditemui meninggal dunia pada 11 Disember lalu di Medellin, Colombia.

Pelawak dibunuh selepas bertemu ‘teman wanita dalam talian’

Ger Xiong yang juga seorang aktivis dilapor berkunjung ke Medellin pada 29 November lalu untuk bertemu seorang wanita yang dikenalinya secara dalam talian.

Namun pelarian Laos berusia 50 tahun tersebut tidak dapat dihubungi sebelum abangnya, Eh Xiong memaklumkan kehilangan lelaki tersebut kepada pihak berkuasa, lapor Vice News.



Menurut abangnya, pelawak tersebut menghubunginya dan meminta wang sebanyak AS$2,000 (RM9,400).
Dia mengirimkan wang namun tidak mendapat respons daripada Ger Xiong dan mengambil keputusan menghubungi rakan sebilik adiknya.

Rakannya memaklumkan menerima panggilan telefon dari Ger Xiong yang mendakwa diugut dengan pistol yang diacukan kepadanya.

Selepas kehilangan Ger Xiong dilaporkan, pihak berkuasa tempatan menjalankan pencarian sebelum menemui mayat pelawak tersebut di tepi gaung dengan beberapa kesan tikaman pada seluruh badannya.

Mangsa dipercayai diperdaya oleh penjenayah yang menyamar dalam aplikasi cari jodoh dalam talian dan dirompak lalu dibunuh selepas cuba melarikan diri. Aw



Pelawak dibunuh selepas bertemu ‘teman wanita dalam talian’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung



Tok Mat makin gah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker