Jemput ‘bakar’ saya – Rafizi cabar YB Viral debat di podcast

Jemput ‘bakar’ saya – Rafizi cabar YB Viral debat di podcast

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menyampaikan jemputan rasmi kepada pengguna TikTok pro-Perikatan Nasional (PN) yang memuat naik video yang menyelar kerajaan dan dasar-dasarnya.

Menurut timbalan presiden PKR itu, pempengaruh menyebarkan pembohongan tidak berasas kepada pengikut mereka adalah antara ancaman terbesar yang dihadapi kerajaan hari ini.

“Dengan adanya platform media sosial (terutamanya Tiktok), mereka berleluasa menyebarkan fitnah dan pembohongan. Mereka akan memainkan sentimen demi sentimen yang tidak memberikan gambaran dan perspektif sebenar, yang akhirnya memesongkan kefahaman rakyat mengenai satu-satu perkara.

“Apabila ditanya di Parlimen, pemimpin politik mereka sendiri tidak boleh menjawab. Saya selalu bertanya kepada ahli-ahli Parlimen PN tentang ukuran ekonomi yang mereka gunakan sebagai bukti kepada dakwaan mereka ekonomi telah merudum. Mereka tergagap-gagap dan tersipu-sipu seperti kerengga yang lari bertempiaran,” kata Rafizi mealui hantaran media sosial hari ini.

Rafizi memberi amaran bahawa netizen yang menyebarkan pembohongan tidak berasas, serta orang lain yang mengulas mengenai siaran sedemikian, boleh diheret oleh polis, malah berdepan tindakan sivil jika perlu.

“Akhirnya, seperti lazimnya, ramai walaun-walaun yang terdedah mati katak dalam perjuangan sedangkan pimpinan mereka kaya-raya dengan kereta besar, pangkat dan pencen mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu memetik contoh seorang pempengaruh yang menggunakan nama “YB Viral” di Tiktok, yang sering memuat naik video di platform yang menyelar kerajaan dan dasar-dasar kerajaan.

“Saya berpandangan budaya ini perlu ditangani. Cara menanganinya adalah supaya pimpinan politik seperti saya berdepan sendiri dengan rakyat dalam satu sesi untuk menjawab dan bertanya. Rakyat tanya saya jawab, saya tanya kepada rakyat (untuk berkongsi pemahaman), maka wajarlah rakyat jawab.

“Tetapi dengan syarat janganlah berselindung di belakang identiti digital yang disalah guna untuk mencipta pembohongan. Bila berdepan dengan identiti sendiri, bersedialah untuk disaman dan diambil tindakan undang-undang jika ada fitnah yang dibuat.

“Eksperimen pertama ialah kepada seorang pempengaruh PN iaitu YB Viral,” katanya.

Menurut Rafizi, dia menghantar surat rasmi kepada netizen tersebut untuk menghadiri sesi audio siar (podcast) yang dijadualkan pada Isnin, 8 Jan 2024, atau mana-mana tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Podcast bertajuk “Yang Bakar Menteri” itu akan disiarkan secara langsung di saluran media sosial Rafizi.

” Jika dia berani tampil dengan mengisi borang maklumat peribadinya dan mengembalikan borang ke pejabat saya, insya-Allah saya bagi ruang seluasnya untuk dia bakar saya dan buktikan saya menteri paling bodoh, seperti yang dijerit-jeritnya selama ini,” tulis Rafizi sambil melampirkan salinan surat jemputan. Mk

Jemput ‘bakar’ saya – Rafizi cabar YB Viral debat di podcast

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker