Jangan nak gaduh saja, tak letih ke – Anwar

Jangan nak gaduh saja, tak letih ke – Anwar

BANGI: Anwar Ibrahim berkata tiada keperluan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri seperti dicadangkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Perdana menteri berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga hari ini calon perdana menteri adalah orang Melayu.

“Selepas ini calon daripada kerajaan pun Melayu, calon pembangkang pun Melayu.

“Jadi maju terus, hak rakyat, kewarganegaraan kita pelihara, jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum dan semua wilayah,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi.

Semalam, Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata perdana menteri menikmati sokongan besar diperlukan untuk meminda Perlembagaan termasuk lima Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan kepadanya.

Langkah itu katanya dapat menoktahkan pertikaian berhubung isu berkenaan seperti dibangkitkan veteran DAP Lim Kit Siang, baru-baru ini.

Rabu lalu, Kit Siang memberi keterangan kepada polis susulan kenyataan kontroversi “tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi perdana menteri”.

Dalam pada itu, Anwar meminta semua pihak tidak “merumitkan” keadaan dan pembangkang diminta tidak melaga-lagakan rakyat.

“Bukan isu masa sekarang. Jangan kita rumitkan keadaan. Ini cuma nak laga-lagakan…bagi orang Melayu dan orang Cina marah,” katanya.

Anwar menggesa pembangkang mencari isu lain atau memberi idea untuk mengangkat ekonomi negara dan mengurangkan beban rakyat.

“Jangan nak cari gaduh sahaja. Tak letih ke,” soalnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata kes Covid-19 dalam negara tidak serius tetapi orang ramai diminta berwaspada dengan menjaga kesihatan. FMT

Jangan nak gaduh saja, tak letih ke – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker