Wanita rasa tertipu ketam mengecut sehingga 350 gram

Seorang wanita mengadu dia berasa tertipu apabila membayar harga ketam seberat 800 gram, namun apabila dimasak, beratnya didapati cuma 350 gram, lapor The New Paper semalam.

Menurut media tempatan, kejadian berlaku di  restoran Mellben Signature, Plaza Tanjong Pagar, Singapura,

Menurut wanita berkenaan, dia memesan hidangan sup ketam claypot pada 10 Disember lalu dan memberitahu laman berita 8world: “Saya bertanya kepada pelayan tentang berat ketam itu apabila membuat pesanan. Pelayan wanita memberitahu apa yang ada hanya ketam seberat 1 kilogram”

Bagaimanapun, dia akhirnya berjaya memesan ketam seberat 800 gram tetapi menyedari bahawa pengunjung di meja sebelahnya juga memesan hidangan serupa.

“Saya merasakan ketam mereka lebih besar daripada ketam saya,” katanya.

Dia kemudian berkongsi foto ketam pada penimbang dan bertanya mengapa ia mengecut kepada 350 gram selepas dimasak di dalam periuk tanah.

“Saya tidak mahu mempersoalkan integriti restoran itu. Namun, saya tidak dapat memahami mengapa saya dikenakan caj untuk ketam 800 gram  walaupun beratnya kurang daripada itu selepas organ dalaman  dikeluarkan,” katanya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker