Kit Siang sengaja bikin panas

Kit Siang sengaja bikin panas

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kepada ahli politik veteran Umno Lim Kit Siang “memanaskan” isu perdana menteri bukan Melayu.

“Benar, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas tidak sebut Perdana Menteri mesti orang Melayu.

“Tetapi kenapa Lim Kit Siang panaskan isu itu?” soalnya.

Lim disiasat polis berhubung pandangannya bahawa bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri.

Menulis di media sosial, Puad menyarankan supaya kematangan politik mengambil tempat secara semula jadi.

Ini memandangkan Lim sendiri berkata dia tidak bermimpi untuk jadi perdana menteri dan mengaku tidak yakin 100 tahun lagi orang Cina akan menjadi perdana menteri.

“Maka biarlah kematangan politik mengambil tempat secara natural. Bukan dipaksa.

“Tidak perlu diungkit ungkit dan dijadikan isu sensasi,” katanya.

Puad berkata kematangan politik orang Melayu membolehkan sekolah vernakular Cina dan Tamil wujud hingga hari ini.

“Sebab itu kaum mana jadi ketua menteri Pulau Pinang tidak jadi isu,” katanya.

Katanya, sekolah-sekolah itu wujud kerana kontrak sosial yang tidak bertulis dan pemimpin Melayu terus menghormatinya.

“Kenapa setelah bersara politik dan dapat Tan Sri masih main isu 3R?

“Negara perlu 100 tahun lagi untuk matang. Mk

Kit Siang sengaja bikin panas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker