Tiga pegawai polis di Kuching dibuang kerja

Tiga pegawai polis di Kuching dibuang kerja

KUCHING: Tiga pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dibuang kerja dalam tempoh tiga tahun lalu kerana kesalahan berat yang menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata pihak pentadbiran bertindak tegas bagi mengelakkan masalah itu menjadi barah sehingga menjejaskan kepercayaan masyarakat.



Selain tiga pegawai berkenaan, katanya, 25 warga kerja IPD Kuching dikenakan tindakan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah seperti terbabit dalam rasuah, penyalahgunaan dadah dan kesalahan syariah.

Daripada 25 warga kerja itu, empat ialah pegawai kanan, 20 anggota pangkat rendah, manakala seorang kakitangan awam.

“Seramai 133 lagi terbabit dalam salah laku kecil atau disiplin dalaman dan mereka dimasukkan dalam program intervensi pemulihan.

“Jumlah yang terbabit dalam masalah itu meliputi 23 peratus daripada 1,078 orang pegawai dan anggota IPD Kuching,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penutupan Program Integriti dan Kesedaran Kesihatan Mental Peringkat IPD Kuching di Balai Polis Bintawa, hari ini.

Mengenai program yang julung kali diadakan itu, Ahsmon berkata, ia bagi memastikan integriti dan kesihatan mental untuk pegawai, anggota dan kakitangan awam menjadi keutamaan.

“Integriti harus menjadi pegangan bagi memastikan mutu perkhidmatan pegawai dan anggota kepada masyarakat.

“Jika mental tidak stabil pula, ia akan menimbulkan masalah untuk berkomunikasi dengan orang awam, seterusnya sukar dalam proses membuat keputusan sekali gus menyebabkan perkhidmatan yang diberi tidak menepati kehendak masyarakat,” katanya. BH



Tiga pegawai polis di Kuching dibuang kerja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker