Anwar pengerusikan mesyuarat Kabinet baharu

Anwar (tengah) mempengerusikan mesyuarat Kabinet kali pertama selepas kepimpinan Kerajaan Perpaduan dirombak semalam. – Foto oleh IHSAN PMO

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet baharu yang pertama di Bangunan Perdana Putra selepas kepimpinan Kerajaan Perpaduan dirombak semalam.

Difahamkan, mesyuarat yang dihadiri barisan Kabinet termasuk yang baharu dilantik semalam diadakan bermula pukul 9.30 pagi tadi.

Secara kebiasaan, Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat secara mingguan pada setiap Rabu bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan.

Semalam, barisan Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri yang dilantik disifatkan akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).



Barisan Kabinet 2023 Kerajaan Perpaduan terus dimantapkan menerusi penstrukturan semula kepimpinan yang menyaksikan pelantikan baharu dan sedia ada sebanyak 31 barisan Jemaah Menteri melibatkan 30 kementerian.

Menerusi rombakan baharu itu, kepimpinan Kerajaan Perpaduan menyaksikan jumlah keseluruhan meningkat daripada 55 kepada 60 orang yang mana disifatkan masih rendah jika dibandingkan dengan 70 orang pada pentadbiran sebelum ini.

Dalam konteks ini, jumlah menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang, manakala jumlah timbalan menteri meningkat daripada 27 kepada 29 orang.

Menerusi rombakan berkenaan, empat kementerian baharu yang diwujudkan ialah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.



Ia turut melibatkan pembentukkan dua kementerian baharu yang dipecahkan daripada portfolio sebelum ini iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Lima menteri baharu turut dilantik iaitu Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Pelantikan baharu itu turut melibatkan Menteri Digital, Gobind Singh Teo dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang dilantik sebagai Senator untuk memegang portfolio Menteri Kewangan Dua

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker