Tunggang motosikal 400 kilometer, budak 10, 11 tahun ditahan
Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun ditahan polis selepas menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer (km) dengan menunggang motosikal, lapor laman berita Tribun Trends hari ini.
Kedua-dua budak lelaki itu dikatakan mahu pergi ke Jakarta dari Penggarengan, Madura untuk menemui seorang rakan.
Mereka menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan hanya membawa wang sebanyak 100,000 rupiah (RM30.30) yang dipinjam daripada jiran untuk membeli minyak petrol serta makanan.
Mereka bertolak dari Madura pada Ahad lalu tetapi ditangkap polis kelmarin ketika tiba di Tengaran, Semarang sebelum dibawa ke Balai Polis Tengaran.
Ketua Polis Tengaran, Supeno berkata, kedua-dua budak tersebut telah menempuh perjalanan sepanjang sekitar 400 km dengan menggunakan motosikal Honda Beat.
Mereka diminta memberikan keterangan sebelum dijamu dengan makanan.
Tambah Supeno, hasil soal siasat mendapati kedua-dua budak tersebut mahu pergi ke Jakarta tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa masing-masing.
Polis kemudian menghubungi keluarga mereka sebelum kanak-kanak berkenaan dibenarkan dibawa pulang. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti
- Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan
- Harga Proton S70 lebih murah dari City dan Vios
- Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia
- Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah
- 6 saintis UniMAP antara terbaik dunia
- Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
- Jantung Ebby Yus semakin lemah
- Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super
- Hannah, tolonglah masuk campur
- Coldplay menyokong perjuangan Palestin
- Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja
- MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN
- Ramalan ‘nujum’ kata Madani cuma bertahan 3,4 bulan tak menjadi
- Kecam, boikot tapi jangan hina – Fazura
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel
You must be logged in to post a comment.