Coldplay terharu dengan sambutan luar biasa peminat Malaysia

Coldplay terharu dengan sambutan luar biasa peminat Malaysia

Band Coldplay terkejut dengan sambutan luar biasa puluhan ribu penonton yang hadir pada Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Vokalisnya, Chris Martin berkata, mereka tidak pernah tahu bahawa kubu peminatnya di negara ini memang cukup ramai dan sekian lama menanti konsert mereka



“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Seperti diramal, hujan mulai turun beberapa minit selepas kumpulan itu menyanyikan lagu pertama. Namun, penonton tidak berganjak sanggup basah kuyup.

“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” katanya.

Penantian penonton sangat berbaloi apabila Coldplay yang turut dianggotai Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu memberikan pengalaman konsert paling indah.



Dalam pada berhujan, penonton disajikan dengan pementasan cukup berwarna-warni dan prop menarik. Bahkan beberapa sesi letupan bunga api di udara menghiasi persembahan mereka.

Antara lagu dipersembahkan termasuk Fix You, Yellow, The Scientist, Viva La Vida, My Universe, Clocks, In My Place, Paradise dan banyak lagi.

Terdahulu, Coldplay juga sempat memuat naik hantaran mesej istimewa buat peminat di sini di media sosial rasmi mereka.

“Kali pertama di KL, persembahan terakhir untuk tahun ini. Lokasi dibuat untuk sebuah malam terindah. Kami sangat bersyukur atas sambutan selamat datang (dan basah) dan tak sabar beraksi.



“Terima kasih kerana menyambut kami di sini di Malaysia,” demikian mesej itu.

Seawal jam 7 pagi, penonton sudah berbaris untuk memasuki pintu stadium meskipun pintu hanya dibuka pada jam 5 petang.

Terdahulu, Coldplay beraksi selama dua hari di Perth, Australia sebelum berkunjung ke Malaysia. BH

Coldplay terharu dengan sambutan luar biasa peminat Malaysia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker