Malaysia dijangkiti virus perpecahan – Sultan Ibrahim
Malaysia dijangkiti virus perpecahan – Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa keutamaan baginda sebagai Ketua Negara akan datang adalah menjaga kepentingan 33 juta rakyat Malaysia dan bukan hanya 222 wakil rakyat.
Sultan Ibrahim bertitah pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bukanlah satu kenaikan pangkat tetapi tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
“Saya merasakan negara pada hari ini telah dijangkiti satu virus yang pernah saya sebutkan dahulu…iaitu virus perpecahan.
“Virus ini berpunca daripada pemimpin politik yang sanggup berbalah, caci-mencaci, menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kedudukan demi kepentingan diri sendiri,” titah Sultan Ibrahim pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar, di Johor Bahru hari ini.
Justeru, baginda menyeru semua pemimpin agar bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain untuk meningkatkan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyat.
Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya yang ke-263 (Khas) pada 27 Okt lepas, telah memilih Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Jan 2024.
Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan tahun depan. Mk
Malaysia dijangkiti virus perpecahan – Sultan Ibrahim
Baca Artikel Menarik:
- Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti
- Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan
- Harga Proton S70 lebih murah dari City dan Vios
- Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia
- Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah
- 6 saintis UniMAP antara terbaik dunia
- Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
- Jantung Ebby Yus semakin lemah
- Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super
- Hannah, tolonglah masuk campur
- Coldplay menyokong perjuangan Palestin
- Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja
- MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN
- Ramalan ‘nujum’ kata Madani cuma bertahan 3,4 bulan tak menjadi
- Kecam, boikot tapi jangan hina – Fazura
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel
You must be logged in to post a comment.