Fadlina tuntut RM500,000 dari MP Jasin, Harakah Daily

Fadlina tuntut RM500,000 dari MP Jasin, Harakah Daily

Fadhlina Sidek memberi Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail dan Harakah Daily 48 jam untuk membayar RM500,000 atas dakwaan fitnah.

Ini atas tuduhan Menteri Pendidikan mengarahkan sekolah di seluruh negara tidak bertakbir dan membaca qunut nazilah semasa Minggu Solidariti Palestin.



Ahli parlimen PKR Nibong Tebal itu mengemukakan tuntutan ini kepada ahli parlimen PAS dan lidah rasmi parti itu pada surat peguam semalam berhubung artikel Harakah Daily bertajuk “Ajaran Siapa Tak Boleh Takbir di Sekolah?” terbit pada 6 Nov.

Menurut surat guaman bertarikh 21 Nov itu, Fadhlina berkata dakwaan artikel itu tidak benar bahawa dia dan Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan larangan terhadap sekolah untuk bertakbir atau membaca qunut nazilah semasa Minggu Solidariti Palestin.


Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail.

Fadhlina menegaskan artikel itu membayangkan dia telah menyimpang daripada akidah Islam, tidak jujur dan merosakkan nama baiknya sebagai menteri pendidikan.



Selain ganti rugi RM500,000, Fadhlina memberi tempoh 48 jam untuk kedua-dua Zulkifli dan Harakah Daily menurunkan artikel dalam talian itu dan membuat permohonan maaf tanpa syarat kepadanya.

Dia juga menuntut akujanji bertulis daripada Zulkifli dan Harakah Daily untuk berikrar tidak mengulangi kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu serta menanggung semua kos guamannya.

Pasukan guamannya daripada firma guaman Ibrahim & Fuaadah juga menyatakan bahawa kegagalan kedua-dua pihak untuk mematuhi tuntutan Fadhlina itu akan menyebabkan dia memulakan tindakan undang-undang di mahkamah tanpa notis lanjut kepada mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota pasukan peguam Fadhlina mengesahkan surat tuntutan itu.



Malaysiakini cuba menghubungi peguam yang mewakili Zulkifli dan Harakah Daily berhubung tuntutan menteri itu. MK

Fadlina tuntut RM500,000 dari MP Jasin, Harakah Daily

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker