Mahu pergi ke konsert Coldplay atau tidak adalah pilihan sendiri

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata terserah kepada seseorang untuk memilih sama ada mengunjungi konsert Coldplay pada malam ini atau sebaliknya.

Kata Teo untuk yang memilih pergi ke Stadium Bukit Jalil dan menyaksikan persembahan band British tersebut, dia berharap mereka terhibur dengan apa yang disajikan.

“Tapi untuk mereka yang tak suka suka Coldplay, yang tak minat, tak dapat beli tiket, kita tak perlu kacaulah,” katanya semasa membuat penggulungan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini.

Teo yang juga ahli parlimen Kulai turut merujuk pandangan yang dinyatakan salah seorang pemimpin kanan PAS mengenai sikap parti itu berhubung tindakan memboikot sesuatu produk atau jenama.

Katanya terpulang kepada seseorang itu untuk memilih atau memboikot berdasarkan kepada pertimbangan sendiri.

“Saya percaya ada banyak cara untuk kita menunjukkan sokongan dan solidariti kita kepada Palestin.

“Ada ahli-ahli yang berhormat pilih untuk memboikot McD (McDonald’s), Starbucks, tapi tak nak boikot Mercedes, dan juga iPhone serta Facebook.

“Itu adalah pilihan sendiri,” katanya.

Minta tarik balik

Untuk rekod semalam Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, tidak semua produk yang terkait dengan Israel dapat diboikot.

Dia yang juga ahli parlimen Pasir Mas memberitahu Dewan Rakyat, ada sesetengah syarikat tidak dapat diboikot hanya kerana mereka memihak kepada Zionis, seperti pengeluar kenderaan mewah Mercedes-Benz, serta Facebook.

Katanya pilihan untuk memboikot atau tidak dibuat berdasarkan “rasa hati” seseorang.

Pun begitu, kata Ahmad Fadhli selagi sesuatu produk itu boleh diboikot, maka wajar untuk semua pihak memboikotnya.

Terdahulu Teo menjawab gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian), agar kerajaan membatalkan konsert tersebut – yang berlangsung pada malam ini – kerana dianggap terbabit menyokong kegiatan tidak bermoral termasuk LGBT.

“Kita bukan menentang konsert… kita menentang promosi nilai yang bercanggah dengan dasar negara.

“Kerajaan ada data kumpulan tersebut, jadi saya minta supaya perkara ini diberi perhatian,” kata Tuan Ibrahim.

Menjelaskan lebih lanjut, Teo berkata sebelum ke Kuala Lumpur, Coldplay mengadakan persembahan di Jakarta pada 15 Nov lalu.

“Apa salahnya kalau sebuah negara yang mempunyai warga Muslim paling ramai di dunia (Indonesia) boleh mengizinkan Coldplay adakan konsert di sana, di Malaysia pula kita tak boleh izinkan mereka datang ke sini?” katanya.

Namun penjelasan Teo itu tidak disenangi Tuan Ibrahim.

Justeru timbalan presiden PAS itu meminta Teo menarik balik kenyataan yang dibuatnya.

“Kerajaan tak boleh bertindak begitu… Saya minta maaflah, saya minta timbalan menteri tarik balik kenyataan tersebut,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim kerajaan bertanggungawab untuk memastikan nilai moral yang tinggi diterapkan dalam negara, dan bukan menyerahkan pilihan kepada orang ramai.

“Kerajaan kena ada polisi, peraturan, ada hak pastikan nilai positif (diterapkan kepada rakyat),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker