Naim, Afiq lari masa sekatan jalan raya di Pasir Mas diburu

Naim, Afiq lari masa sekatan jalan raya di Pasir Mas diburu

PASIR MAS – Polis memburu dua lelaki yang meloloskan diri keluar dari sebuah kereta semasa pemeriksaan sekatan jalan raya secara mengejut atau ‘snap check’ di Jalan Gaung, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, anggota Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hanya berjaya memberkas seorang penumpang berusia 37 tahun yang menaiki kereta tersebut.



Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa membuat pemeriksaan ‘snap check’ anggota bertugas telah bertindak menahan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dinaiki ketiga-tiga lelaki berkenaan.

Menurutnya, selepas kereta itu berhenti, pemandunya telah menunjukkan kad pengenalan sebelum penumpang hadapan bertindak keluar dari kereta tersebut.

“Bagaimanapun, penumpang belakang kereta tersebut telah keluar dan terus melarikan diri sebelum anggota polis mengejar suspek.

“Melihat kepada keadaan itu, pemandu kereta berkenaan yang sudah menunjukkan kad pengenalannya turut bertindak melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.



Mohd. Nasaruddin memberitahu, semakan mendapati pemandu yang diburu polis itu dikenali sebagai Mohamad Afiq Saiedi dan seorang lagi dikenali Mohd. Naim Azmi.

Ujarnya, ujian saringan air kencing terhadap penumpang hadapan kereta itu mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Terdahulu, tular video berdurasi 20 saat di media sosial memaparkan seorang anggota polis trafik sedang mengejar lelaki yang dipercayai lari dari sekatan jalan raya. K Online

Naim, Afiq lari masa sekatan jalan raya di Pasir Mas diburu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna



Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker