Pengetua ditahan bantu siasatan kes cabul

KUALA BERANG: Polis menahan seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu, di sini, bagi membantu siasatan kes cabul dan gangguan seksual terhadap kakitangan sekolah itu.

Suspek berusia 52 tahun ditahan di rumahnya di Kuala Nerus kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Sumber berkata, suspek ditahan susulan laporan polis dibuat oleh empat wanita terdiri kakitangan dan pekerja kontrak kebersihan sekolah itu pada kelmarin dan semalam.

“Semua mangsa mendakwa suspek menghantar teks berunsur lucah melalui aplikasi WhatsApp, selain ada yang dicabul ketika berada di sekolah berkenaan.

Mental Stres Punya Pasal, Cikgu2 Sepakat Gantung Banner Minta Halau Pengetua ‘Mental’ Dari Sekolah😂😂

“Kejadian dikatakan berlaku daripada awal Januari hingga hujung bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang kini direman selama empat hari sehingga Jumaat ini.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan,” katanya.

Pengarah drama direman atas dakwaan cabul wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker