Afrika Selatan mahu ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu
Afrika Selatan mahu ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu
Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjelang pertengahan Disember ini.
Menurut Menteri tanpa portfolio negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, jika ICC tidak berbuat demikian, maka ia menggambarkan ‘kegagalan sepenuhnya’ mahkamah itu bagi menangani isu global.
“Dunia tidak boleh terus berpeluk tubuh dan melihat (kezaliman) regim Zionis terhadap penduduk Palestin,” tegas beliau.
Israel mendakwa mereka hanya mempertahankan diri mereka sejak serangan yang dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu menyebabkan 1,200 rakyatnya terkorban, selain 240 lagi menjadi tebusan pasukan pejuang Palestin itu.
Walaupun tentera Israel mendakwa akan berusaha mengurangkan jumlah kematian orang awam, hakikatnya paling ramai yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.
Ntshavheni menegaskan, ternyata jelas matlamat kerajaan Israel adalah untuk ‘menghapuskan rakyat Palestin di Gaza dan menakluk wilayah itu’.
Afrika Selatan bersama-sama negara lain seperti Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti sudah mengemukakan permohonan kepada ICC untuk membuka siasatan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Afrika Selatan juga mengumumkan keputusan memanggil semula diplomatnya di Israel dan mencadangkan kedudukan Duta Israel di Pretoria sudah seperti ‘sukar dipertahankan atau dikekalkan’ ekoran tekanan yang dikenakan. BH
Afrika Selatan mahu ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu
Baca Artikel Menarik:
- Betulkah PAS tepu tanpa PN?
- Pecat pekerja pakai salib, restoran Cina Muslim dikecam warganet
- IDF tidak mampu tumpaskan Hamas
- Uqasha nampak macam hamil
- Sudahlah Shakilla, Fizi Ali, dah naik meluat
- PAS tegur Muhyiddin, jangan bangkit isu remeh
- Nadeera kena ‘lambung’ juri GV10
- Ben Shapiro the Zionist accuses Jesus as gangster
- Peguam Syarie dedah suami hanya beri nafkah RM2 sehari upah isteri buat kerja rumah
- Akaun TikTok disekat, Uyaina tak menyerah kalah
- Dakwaan Elon Musk anti-Semitik, Apple, Walt Disney tarik iklan di X
- Kesihatan Zahid Hamidi terjejas? Nurul jawab kepada mereka ‘yg terpaling tahu’
- TMJ ‘belasah’ pihak yang tunjuk pandai persoal persembahan Harimau Malaya
- Lelaki tanam pokok pisang di tengah jalan
- Peguam Negara sangkal KJ, GEG boleh dicabar di mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.