Wanita tak boleh ‘move on’ selepas berpisah, sanggup datang majlis perkahwinan ex
Dalam satu percubaan terdesak, seorang wanita menyerbu majlis perkahwinan bekas teman lelakinya di Suzhou, China, untuk memastikan sama ada lelaki berkenaan masih mempunyai perasaan sayang pada dirinya, lapor portal berita Thaiger semalam.
Bagaimanapun, apabila muncul di majlis berkenaan, dia tidak dapat mengawal emosi lalu memeluk bekas teman lelakinya sambil menangis. Wanita itu turut menghempaskan dirinya ke lantai bagi menghalang lelaki berkenaan mengahwini pengantin perempuan.
Menyaksikan adegan mengejutkan itu, para tetamu bergegas membantu wanita tersebut tetapi dia berdegil dan enggan melepaskan kaki pengantin lelaki dalam kejadian baru-baru ini.
“Kami bercinta selama tujuh tahun. Adakah awak sudah lupa tujuh tahun kita bercinta?” katanya manakala bekas kekasihnya menunjukkan ekspresi sedih dan menggenggam tangan wanita itu.
Pengantin perempuan pula tidak menunjukkan kemarahan. Dia sebaliknya hanya berdiri diam tanpa menunjukkan sebarang emosi.
Selepas insiden perkahwinan itu tersebar di internet, ramai netizen berasa kasihan dengan wanita tersebut.
“Menangis tidak membantu. Kalau dia masih simpan awak dalam hati, awak tidak ditinggalkan untuk dirinya berkahwin lain,” kata seorang netizen. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us
You must be logged in to post a comment.