Sekolah PBB di Gaza diserang Pengganas Israel, 50 mangsa jadi korban kekejaman
SEMENANJUNG GAZA: Seorang pegawai kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di Semenanjung Gaza, berkata “sekurang-kurangnya 50 orang” terbunuh, hari ini, apabila tentera Israel menyerang sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi orang yang kehilangan tempat tinggal.
Serangan ke atas sekolah Al-Fakhura di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza itu berlaku “pada waktu subuh”, kata pegawai itu kepada AFP.
Video di media sosial, yang tidak dapat disahkan AFP, menunjukkan mayat berlumuran darah dan habuk di lantai sebuah bangunan, di mana tilam tersangkut di bawah meja sekolah.
Tentera Israel tidak segera menjawab permintaan untuk memberikan komen.
Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) juga tidak dapat memberikan reaksi segera.
Jabalia ialah kem pelarian terbesar di Gaza, di mana kira-kira 1.6 juta orang kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran lebih enam minggu antara Israel dan Hamas.
Pada awal November, kerajaan Hamas berkata, lebih 200 terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam pengeboman Israel ke atas kem Jabalia selama tiga hari berturut-turut.
Israel berikrar untuk memusnahkan Hamas sebagai tindak balas kepada serangan 7 Oktober, yang menurut pegawai Israel membunuh kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam di selatan Israel dan menyaksikan kira-kira 240 orang dijadikan tebusan.
Menurut kerajaan Hamas yang memerintah Gaza sejak 2007, serangan tanpa henti tentera udara dan darat sejak itu membunuh 12,000 orang, termasuk 5,000 kanak-kanak. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us
You must be logged in to post a comment.