Pendarahan terlalu banyak, adik mati disabit abang

KLUANG – Berpunca daripada pertengkaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, seorang lelaki bertindak melibas adiknya dengan sabit dalam kejadian di Taman Kluang Barat dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi melibatkan mangsa, Fu Kui Fatt, 42, dan abangnya berusia 44 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah Kui Fatt dan berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik itu.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan Kui Fatt menggunakan sabit dalam pergaduhan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menggunakan ambulan.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 2.30 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, suspek ditahan polis kira-kira pukul 2.30 petang semalam dan direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker