‘Ibu restui peluk agama Islam, hadiah sejadah, al-Quran’

KUALA LUMPUR: Ketika segelintir mualaf berdepan cabaran getir untuk meyakinkan keluarga sebelum memeluk Islam, lain pula kisahnya bagi Muhammad Azhar Abdullah yang mendapat sokongan kuat terutama daripada ibunya, V Indra Devi, 53.

Bukan setakat memberi restu, malah ibu Muhammad Azhar, 31, yang memberi nama Islam kepadanya selain menghadiahkan sejadah dan al-Quran sebagai tanda sokongan terhadap penghijrahannya, lima tahun lalu.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Azhar yang menetap di Kepong, di sini berkata, dia memeluk Islam dengan kerelaan sendiri kerana sudah lama tertarik melihat keindahan Islam dan dan bersyukur apabila tidak mendapat tentangan keluarga.



“Waktu sekolah, saya ada ramai kawan Melayu dan banyak bergaul dengan mereka. Daripada situ, saya nampak mereka solat melakukan ibadat lain malah cuba berpuasa sejak di bangku sekolah.

“Setiap kali dengar azan, hati saya jadi tenang cuma ditakdirkan terima hidayah itu ketika dewasa iaitu dalam usia 26 tahun,” katanya ketika dihubungi.

Muhammad Azhar berkata, hanya fahaman dan pegangan agama yang berubah sejak dia memeluk Islam, namun hubungan serta kasih sayang terhadap keluarga tidak pernah pudar.

Buktinya, dia dan keluarganya masih tinggal serumah dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.



“Apa boleh saya katakan, perubahan saya lebih kepada kelakuan kerana dulu agak ‘nakal’ tapi kini cuba berubah ke arah lebih baik. Selebihnya sama saja malah setiap kali perayaan Deepavali, saya masih berkumpul dengan keluarga seperti dulu memandangkan kami duduk serumah.

“Emak pun sangat pentingkan soal halal dan haram, buktinya dia akan beli ayam sembelih di kedai Muslim. Dalam erti kata lain, tiada masalah langsung dan emak sangat memahami saya memandangkan dia ada ramai anak angkat Melayu,” katanya yang bekerja sebagai mekanik.

Seperti mualaf lain, Muhammad Azhar juga berusaha memperbaiki diri dan amalan bagi menjadi Muslim yang lebih baik.

“Jika ada rezeki pula, saya mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah dan haji kerana itu salah satu impian sejak memeluk Islam.



“Diharap impian itu menjadi kenyataan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang beri bimbingan serta tunjuk ajar dalam ilmu agama,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker