Abang ‘sabit’ adik hingga mati lepas bertengkar
Berpunca daripada pertengkaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, seorang lelaki bertindak melibas adiknya dengan sabit dalam kejadian di Taman Kluang Barat dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi melibatkan mangsa, Fu Kui Fatt, 42, dan abangnya berusia 44 tahun.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah Kui Fatt dan berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik itu.
“Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan Kui Fatt menggunakan sabit dalam pergaduhan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menggunakan ambulan.
“Bagaimanapun, kira-kira pukul 2.30 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Menurut Bahrin lagi, suspek ditahan polis kira-kira pukul 2.30 petang semalam dan direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us