UMNO Sabah bayangkan gabung dengan WARISAN, KDM hadapi PRN17 – Bung Moktar

UMNO Sabah bayangkan gabung dengan WARISAN, KDM hadapi PRN17 – Bung Moktar

UMNO Sabah tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan Parti Warisan (WARISAN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17.

Perkara itu dimaklumkan Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, namun berkata masih terlalu awal untuk beliau menyatakannya memandangkan tumpuan kini untuk memantapkan UMNO Sabah terlebih dahulu.

“Seperti saya nyatakan sebelum ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) hanya bekerjasama dengan mana-mana parti yang menghormati perjanjian bagi membela kepentingan rakyat Sabah.

“Apa yang kita lakukan hari ini adalah memperkukuhkan semua jentera parti dan kumpul isu serta maklumat yang akan diguna pakai pada kempen pilihan raya nanti,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi PRN17 berikutan kemungkinan ia diadakan lebih awal termasuk tahun depan seperti bayangan diberikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, baru-baru ini.

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah, berkata siapa pun gandingan UMNO Sabah pada PRN17 nanti, ia mesti menjadi faktor kekuatan dan kemenangan calon BN.

Katanya, proses gabungan dengan parti lain sebelum ini mengajar UMNO Sabah untuk menjadi matang dalam menjalin kerjasama dengan parti lain di negeri ini.

“Kita akan melihat rakan yang ada kesetiaan, keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah. Kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang mengganggu usaha membangunkan Sabah,” katanya.

Mengenai kemungkinan PRN17 diawalkan berbanding tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang yang tamat pada Oktober 2025, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, berkata UMNO dan BN Sabah bersedia menghadapi pilihan raya itu pada bila-bila masa.

Katanya, semua peringkat UMNO dan BN negeri sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan PRN17 diadakan lebih awal berbanding tempoh yang ditetapkan.

“UMNO dan BN sudah melakukan persiapan terbaik membabitkan koordinasi di semua peringkat meliputi parti komponen teras BN. Jentera UMNO dan BN sentiasa bersiap siaga walaupun PRN17 diawalkan,” katanya.

Sebelum ini, UMNO Sabah sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan negeri bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun menarik sokongan selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri pada Januari lalu.

Tindakan itu disusuli usaha mengambil alih kepemimpinan kerajaan negeri menerusi satu gerakan dinamakan Langkah Kinabalu dengan kerjasama WARISAN dan KDM, namun gagal disebabkan sokongan Pakatan Harapan (PH) Sabah, selain lima wakil rakyat UMNO Sabah sendiri terhadap kepemimpinan Hajiji dan GRS. BH

UMNO Sabah bayangkan gabung dengan WARISAN, KDM hadapi PRN17 – Bung Moktar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker