Mereka yang berbalah tapi salahkan pembangkang – Fadhli

Mereka yang berbalah tapi salahkan pembangkang – Fadhli

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari hari ini menggesa penyokong kerajaan berhenti menyalahkan pembangkang berhubung dakwaan skandal seksual terhadap bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom).

Sebaliknya, kata ahli parlimen Pasir Mas itu kerajaanlah yang harus memperbaiki agensi itu.



“Saya menggesa siasatan segera dan telus perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi menjernihkan isu ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Ini berikutan seorang pegawai J-Kom mendakwa terdapat konspirasi di sebalik video tular, yang menunjukkan dirinya dan bekas ketua pengarah J-Kom Mohammad Agus Yusoff didakwa berbual melalui panggilan video.

“Saya dapati ada juga yang bertindak menyalahkan pembangkang dalam hal ini.

“Padahal tidak ada langsung keterlibatan pihak pembangkang yang menyebabkan peletakan jawatan ketua pengarah J-KOM berkenaan.



“Mereka berbalah sesama sendiri tiba-tiba disalahkan pihak lain,” dakwa Fadhli.

Dia merujuk pegawai J-Kom Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani (gambar, bawah) yang mengadakan sidang media bersama Aguss semalam bagi menjelaskan isu video tular itu.

“Kes ini hanya akan ada dua kemungkinan; jika Wahab berkata benar, ia membuktikan bahawa ada elemen permainan kotor dalam agensi kerajaan khususnya lantikan politik.

“Jika sebaliknya, satu tindakan wajib diambil oleh kerajaan bagi membersihkan agensi berkenaan dari tuduhan ini,” kata Fadhli lagi.



Semasa sidang media itu, Agus menafikan dakwaan penglibatannya dalam video perbualan lucah itu dan mendakwa rakaman itu telah diolah dan disunting.

Sebelum video tersebut tular, Agus mengesahkan dia telah meletak jawatan sebagai ketua pengarah J-Kom.

Agus memberitahu Malaysiakini, dia tidak didesak untuk meletak jawatan.

Sebaliknya, bekas ahli akademik itu berkata dia mahu menerima tawaran kerja yang dirasakan lebih sesuai untuknya.



Sementara itu, Wahab pula mendakwa wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Agus, mendakwa dalang komplot itu seseorang dari J-Kom yang digelar ‘Mr H’.

“Saya menegaskan bahawa perbualan video tersebut telah diolah dan disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba menjatuhkan reputasi Datuk Dr Agus.

“Komplot untuk menjatuhkan Datuk Dr Agus ini di dalangi oleh individu berjawatan tinggi di dalam J-KOM sendiri, yang saya namakan sebagai Mr H,” katanya. Mk

Mereka yang berbalah tapi salahkan pembangkang – Fadhli



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker