Xi Jinping malu dengan ucapan Joe Biden terhadap isterinya

Xi Jinping malu dengan ucapan Joe Biden terhadap isterinya

SAN FRANCISCO, California – Presiden China, Xi Jinping berasa ‘malu’ mengenai komen Joe Biden tentang isterinya semasa pertemuan bersejarah mereka awal minggu ini, lapor laman berita express.co. uk

Kedua-dua pemimpin duduk bersama-sama di pinggir bandar raya San Francisco kelmarin dalam pertemuan yang dianggap sebagai perkembangan positif ketika ketegangan antara Washington dan Beijing semakin meningkat.



Di samping mesyuarat rasmi, Biden dan Jinping makan tengah hari bersama dengan disertai barisan penasihat kanan masing-masing di sebuah estet mewah di mana pertemuan mereka berlangsung.

Insiden memalukan itu berlaku semasa detik santai mereka.

Perbualan menjadi kekok apabila Biden, 80, memberi ucapan selamat hari lahir lebih awal kepada isteri Jinping.

Beberapa saksi berkata: “Biden mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri Jinping kerana wanita pertama berkenaan dan Biden lahir pada tarikh sama. Jinping berkata bahawa beliau malu kerana bekerja terlalu kuat dan terlupa tentang hari jadi isterinya pada minggu depan.”



Jinping kemudian mengucapkan terima kasih kepada Biden kerana mengingatkannya. Pemimpin China itu mungkin merancang sesuatu sebagai kejutan kepada isteri yang dikahwininya pada tahun 1987 itu. K Online

Xi Jinping malu dengan ucapan Joe Biden terhadap isterinya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker