Saya perangkap Prof Agus atas arahan ‘Mr. H’ – Wahab

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa dia diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi untuk merakam satu klip video bagi memerangkap Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Abdul Wahab, 33, yang sudah mendirikan rumah tangga dan memilik empat orang anak mendedahkan, individu tersebt yang dinamakan ‘Mr. H’ pernah membuat beberapa pertemuan dengannya dan menawarkan ‘jawatan’ lebih tinggi sebagai habuan.

Menurut Abdul Wahab, sebagai pegawai baru di J-KOM, dia berasa teruja untuk melaksanakan tugas yang diarahkan.



“Sekitar bulan ini, saya berjumpa Mr. H di pejabat beliau. Bermula daripada situ, beberapa pertemuan diadakan termasuk di sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh.

“Saya telah diberitahu kononnya beliau telah menerima maklumat bahawa Mohammad Agus terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral.

“Mr. H menyatakan beliau ditugaskan untuk membersihkan J-KOM dari dalam dan meyakinkan saya beliau disokong beberapa individu berpengaruh yang ingin menjatuhkan Mohammad Agus.

“Kemudian, saya ditugaskan membuat satu rakaman perbualan bersama Mohammad Agus bagi mendapatkan bukti beliau terlibat dalam aktiviti songsang dan tidak bermoral, hakikatnya video yang dirakam itu tidak mempunyai audio,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar tergempar di Hotel Tenera, di sini hari ini.

Mengulas mengenai video asal, Abdul Wahab berkata, dia hanya berbual santai bersama Mohammad Agus dan pernah membuat beberapa panggilan sebelum itu.

“Saya telah serahkan senarai nama individu dalam komplot ini termasuk mereka yang memegang jawatan tinggi dalam J-KOM.

“Akhir sekali, saya ingin membuat rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengkaji individu dalam J-KOM agar tidak menjadi musuh dalam selimut,” ujarnya.



Sementara itu, Abdul Wahab yang baru sahaja memulakan tugas pada 1 November lalu turut meminta maaf kepada Mohamad Agus di atas kesilapan yang dilakukan

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker