Main dengan Sabun antara punca zakar boleh ‘rosak’
Seringkali kita bercakap tentang kesihatan organ sulit para wanita sahaja dan terlepas pandang tentang kesihatan organ sulit lelaki. Untuk abang abang semua, tahukah anda ada beberapa tabiat yang sering dilakukan sebenarnya dapat merosakkan zakar lelaki anda yang normal?
Jadi, sebelum masalah kerosakkan ini berlanjutan sehingga menyebabkan anda susah untuk mendapat zuriat, tinggalkan 3 tabiat ini sebelum terlambat ya!
3 TABIAT ROSAKKAN ZAKAR LELAKI, ABANG ABANG JANGAN SELALU BUAT!
#1 Menghisap rokok
Pasti ramai dalam kalangan sudah sedar tentang amalan merosakkan tahap kesihatan badan ini bukan? Rokok adalah antara punca utama ramai dalam kalangan lelaki mati pucuk. Ini kerana tembakau serta bahan kimia lain yang bahaya di dalam rokok itu akan menjejaskan saluran dan aliran darah di dalam zakar lelaki.
Menurut kajian dari University of Sheffield terhadap 1,970 orang lelaki perokok pada tahun 2014, didapati bahawa kurang 4% daripada jumlah tersebut yang memiliki sperma dalam kuantiti yang banyak serta berkualiti sekali gus menjejaskan aspek kesuburan mereka. Jadi, jangan salahkan wanita semata-mata ya!
#2 Tabiat gemar ‘main sabun’
Paling penting sekali untuk para lelaki tahu adalah tabiat yang sangat bahaya buat zakar lelaki adalah main sabun! Kalau anda yang pertama kali mendengar terma ‘main sabun’ ini, ia merupakan bahasa pasar atau bahasa kolokial untuk melambangkan tabuat onani.
Dipanggil sebagai ‘main sabun’ kerana sabun itu selalu digunakan oleh lelaki di dalam bilik air sebagai alat ‘pelincir’ ketika mengurut atau menggosok alat kemaluan. Tabiat onani ini sendiri sudah pasti boleh menjejaskan zakar terutama jika lelaki melakukan ia pada kadar kerap atau dengan cara yang salah. Bawa bersabar.
Bukan sahaja dalam kalangan wanita, kaum lelaki juga cenderung untuk mengabaikan bulu di alat kelamin mereka lantas membiarkan sahaja ia tumbuh dengan lebat umpama ‘hutan simpan’. Namun, ini bukanlah hutan simpan yang terpelihara kerana boleh mengundang pelbagai jenis bakteria dan kulat lantas menyebabkan jangkitan kuman.
Tak susah pun untuk memotong atau mencukur bulu sekitar alat kelamin secara berkala dan jangan lupa juga untuk cuci dengan betul. Jangan ambil remeh, tak sah solat kalau cuci tak bersih!
PERIKSA ZAKAR SEBULAN SEKALI
1.Pastikan kemaluan berada dalam keadaan rileks.
2.Tadah tangan di bawah zakar untuk rasa keberatannya.
3.Picit pada bahagian skrotum pada bahagian atas testis.
4.Gunakan jari untuk merasai keseluruhan permukaan testis : #Untuk memastikan organ tersebut tidak bergerak.
5.Periksa batang dan kepala penis : #Tekan perlahan dan pastikan tiada ketulan dan tak sakit.
#Kalau mempunyai kulit yang menutup kepala penis, tarik ke belakang.
*Jadi wahai kaum lelaki, pastikan zakar anda sihat dahulu sebelum nak ‘complaint’ tentang kesuburan kaum wanita..
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us