Khairy bidas PM simpan menteri seperti Tiong King Sing

Khairy bidas PM simpan menteri seperti Tiong King Sing

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih ‘menyimpan’ Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing dalam Kabinet.

Khairy menerusi siaran yang dimuatnaik di InstaStory berkata, beliau tidak boleh menerima tindakan Anwar mengekalkan King Sing dek kerana memerlukan sokongan untuk kekal menjadi Perdana Menteri.

Malah, bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga kecewa dengan tindakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang didakwa hanya mendiamkan diri apabila King Sing mempertikaikan bukti sains perubatan secara terbuka.

“Saya tidak kisah orang nak kata saya gagal sebagai menteri. Tapi saya tidak boleh terima ada menteri (King Sing) yang boleh meragui kaitan antara merokok dan kanser.

“Saya tidak boleh terima Menteri Kesihatan diam seribu bahasa sambil seorang menteri mempertikaikan bukti sains perubatan secara terbuka.

“Saya tidak boleh terima Perdana Menteri simpan menteri macam ini dalam Kabinet semata-mata memerlukan sokongan untuk kekal menjadi Perdana Menteri. Tindakan membangkang sains ini memalukan dan tidak boleh diterima,” katanya.

Baca juga: Siasat berulang kali kes vaksin: “Ada berniat jahat, jadi isu besar jika KJ pakai baju oren” – Khairy

Terdahulu, King Sing mengkritik Khairy sebagai Menteri Kesihatan yang paling gagal dalam sejarah negara kerana gagal membuktikan secara konsisten bahawa kanser itu berpunca daripada tabiat merokok.

King Sing juga menasihati Khairy agar tidak menyalahkan menteri lain bagi melampiaskan kekecewaan apabila Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) gagal direalisasikan. Utv

Khairy bidas PM simpan menteri seperti Tiong King Sing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker