Israel halau pesakit & kakitangan hospital di Gaza

Israel halau pesakit & kakitangan hospital di Gaza

Halau pesakit dan kakitangan Hospital Al-Shifa keluar dari kompleks kesihatan itu sebaik lebih 100 tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyerbu kemudahan kesihatan itu semalam.

Itu tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel yang ‘menjajah’ Hospital Al-Shifa selepas menceroboh masuk bangunan terletak di tengah bandar Gaza itu awal pagi kelmarin.



Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr Munir Al-Barsh berkata, tentera Israel yang menyerang masuk Hospital Al-Shifa turut bertindak merosakkan kelengkapan dan peralatan di hospital itu.

“Tentera Israel turut menahan dua jurutera yang bekerja di hospital Al-Shifa selepas mengepung kompleks ini sejak 10 hari lalu.

“Puluhan kereta kebal Israel masih mengepung sekeliling dan perkarangan hadapan Hospital Al-Shifa. Tentera Israel yang melakukan operasi besar-besaran di hospital ini bagaimanapun tidak menemui sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan pergerakan tentera Hamas dan Briged al-Qassam,” katanya.

Sementara itu Pejabat Media Kerajaan di Gaza memaklumkan tentera Israel menyerang ramai pesakit, kakitangan perubatan dan jururawat di dalam hospital berkenaan.



“Ada antara mangsa dipaksa menanggalkan pakaian mereka dan diancam dengan senjata api. Ramai yang diarah keluar dari bangunan hospital berkenaan secara paksa.

“Dalam masa masa, terdapat unit tentera Israel ini menjalankan ‘misi lakonan’ kononnya datang untuk menghulurkan bantuan kepada hospital dan pesakit. Mereka mengambil gambar dan video aksi tentera Israel melayan baik pesakit dan kakitangan di hospital Al-Shifa.

“Namun ia hanyalah sandiwara untuk disebarkan mereka di media sosial bagi tujuan propaganda dan mewujudkan persepsi mengelirukan kepada dunia,” katanya.



Menurut kenyataan itu, tentera Israel turut mengusir sejumlah kanak-kanak dan beberapa pesakit yang berlindung di hospital berkenaan.

“Mereka ‘dilempar’ ke jalan dan dihalang menerima rawatan. Israel terus menerus ‘membantai’ penduduk Gaza dengan serangan senjata berat, penembak tepat jarak jauh selain dron.

“Ini adalah jenayah perang terang-terangan. Pihak pengurusan Hospital Al-Shifa akan terus memastikan keselamatan kakitangan perubatan, pesakit yang terlantar serta bayi pramatang terus diberikan rawatan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Muslim Care Malaysia Cawangan Palestin Abu Ayesh Al Najjar memaklumkan semalam, serangan berterusan tentera Israel turut ditujukan terhadap penduduk Gaza di bandar Beit Lahya sehingga awal pagi semalam.



Menurutnya, ramai penduduk mengalami sesak nafas dan terkorban susulan serangan tentera Israel yang menggunakan bom fosforus serta bom asap di bandar utara Gaza itu.

“Kanak-kanak dan wanita terus menjadi sasaran utama serangan dan pembunuhan tentera kejam Israel.

“Serangan udara sama turut meragut berpuluh nyawa penduduk di kawasan Nusirat. Malah terdapat sebuah sekolah hasil sumbangan rakyat Malaysia dibom pesawat tentera Israel menyebabkan ramai terkorban,” katanya.



Menurutnya, jenayah perang dilakukan tentera Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-40 semalam sudah meragut 11,500 nyawa.

“Angka terbaru dikongsi Pejabat Media Kerajaan di Gaza menunjukkan jumlah mangsa meningkat berbanding 11,320 nyawa terkorban kelmarin. Ini termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita yang terkorban.

“Berdasarkan maklumat dikongsi jumlah mangsa yang cedera ringan atau cedera parah turut meningkat kepada 29,800 orang berbanding 29,200 mangsa kelmarin. Jumlah kematian membabitkan kakitangan perubatan kini meningkat kepada 200 orang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Gaza turut menyalahkan masyarakat antarabangsa khususnya Amerika Syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah perang terancang dilakukan tentera penjajah Israel terhadap hospital, sekolah dan kem pelarian di Gaza.



“Kami menyeru pembukaan lintasan Rafah, Mesir dan kemasukan bantuan antarabangsa dengan kadar segera bagi menyelamatkan 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza yang menjadi pelarian kini,” katanya. HM

Israel halau pesakit & kakitangan hospital di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker