Guru melecur ketika selamatkan diri dalam kebakaran rumah

Guru melecur ketika selamatkan diri dalam kebakaran rumah

Kota Marudu: Guru lelaki melecur di tangan dan kaki ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumah didiaminya terbakar di Kampung Wani Tagaroh, Jalan Pinatau di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada 8.10 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun terpaksa menerima rawatan di Hospital Kota Marudu.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.18 malam.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi kebombaan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati sebuah rumah terbakar 90 peratus dengan seorang penghuni lelaki melecur di bahagian tangan dan kaki.

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.



Menurutnya, pasukan bomba mengawal kebakaran menggunakan satu aliran dengan sumber air daripada jentera.

“Operasi terkawal pada 9.43 malam dan ditamatkan pada 10.39 malam.

“Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan anggota bomba,” katanya. HM

Guru melecur ketika selamatkan diri dalam kebakaran rumah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker