Zionis musnahkan 59 masjid di Gaza sejak 7 Oktober
Zionis musnahkan 59 masjid di Gaza sejak 7 Oktober
GAZA: Serangan udara Israel semalam merosakkan dua masjid di bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan masjid musnah sepenuhnya dalam konflik semasa kepada 59, manakala 136 masjid sebahagiannya musnah, menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza.
“Pesawat Israel mengebom dan memusnahkan Masjid Khalid bin al-Walid dan Masjid Al-Ikhlas di Khan Yunis sepenuhnya,” menurut kenyataan kementerian.
Jurucakap Kementerian Wakaf di Semenanjung Gaza, Ikrami al-Mudallal, berkata Israel juga menyasarkan masjid ketiga di Gaza, Masjid Al-Sahwa, menjadikan jumlah masjid yang musnah sepenuhnya kepada 59.
Pesawat Israel memusnahkan sepenuhnya Masjid Al-Sahwa di Khan Yunis, dan juga memusnahkan sepenuhnya Masjid Khalid bin al-Walid dan Al-Ikhlas, al-Muduallah memberitahu Anadolu
Beliau berkata: “Jumlah masjid yang musnah sepenuhnya meningkat kepada 59, di samping pelbagai peringkat kerosakan kepada 136 masjid dan tiga gereja, sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober.”
Menyasarkan kemudahan awam seperti rumah ibadat adalah melanggar peraturan peperangan. Israel mendakwa pejuang Hamas bersembunyi di dalam dan sekitar lokasi berkenaan.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.
Sekurang-kurangnya 10,569 rakyat Palestin, termasuk 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita, telah terbunuh sejak itu. Sementara itu angka kematian Israel, hampir 1,600, menurut angka rasmi. BH
Zionis musnahkan 59 masjid di Gaza sejak 7 Oktober
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin