Keberkatan kambing
Keberkatan kambing
Orang Melayu sebenarnya banyak simpulan bahasa yang dikaitkan dengan kambing. Yang kurang enaknya ia selalu dikaitkan dengan perkara buruk. Kasihan kambing! tidak fasal-fasal jadi ‘kambing hitam’ (dipersalahkan) walhal ia disebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang membawa keberkatan dan antara binatang syurga.
Itulah pandai-pandai kita labelkan kambing begitu, kambing begini padahal ia bukan salah kambing pun. Dikatakan kambing itu penyebab penyakit kerana selepas menikmati lauk kambing, esoknya terus tumbang dan berangkat ke hospital.
Benarkah itu salah kambing sedangkan daging kambing adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w. seperti yang disebut di dalam hadis dari Jabir bin Abdullah berkata,
“Rasulullah s.a.w datang ke rumah kami lalu kami menyembelihkan seekor kambing untuk Baginda. Rasulullah berkata,
“Keluarga ini seolah-olah tahu kami menyukai daging kambing.” (HR Tirmizi dan Abu Daud).
Kemudian ada satu lagi hadis yang menyambut bahagian kambing paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. Abu Hurairah bercerita:
Rasulullah pernah dihidangkan dengan daging kambing. Bahagian kaki kambing itu diberikan kepada Baginda. Itulah bahagian kesukaan Baginda. Oleh itu Baginda memakannya.” (HR Bukhari dan Ibn Majah).
Dari kambing itu banyak manfaatnya sama ada dimakan dagingnya atau pun digembala. Kalau tidak masakan Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,
“Peliharalah kambing kerana padanya ada keberkatan.”
Malah bukan hadis saja yang memberikan keistimewaan pada kambing, di dalam kitab bible juga ada disebutkan bahawa kambing adala binatang bersih. Maksudnya daging kambing adalah yang terbaik, bersih dan menyihatkan.
Kambing juga digambarkan sebagai haiwan ternakakan yang bijak sebetulnya. Jadi, jika ada yang mengatakan bodoh macam kambing sebenarnya tidak betul. Sifat sebenarnya adalah bijak dan suka meneroka sebab itulah kambing akan meletkan hidungnya pada dinding, pagar dan timbunan rumput kering.
Menghidu benda pelik yang baru ditemui dan mengunyahnya, nampak macam dimakan tetapi sekadar ingin tahu saja. Senyum kambing, makan daging kambing, susu kambing dan mengembala kambing itu semua adalah terapi untuk kesejahteraan rohani serta jasmani. Apa lagi jom makan kambing. Utv
Keberkatan kambing
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Wanita Malaysia dipenjara rancang potong kemaluan bekas teman lelaki
- Penganut Kristian pun dibunuh Zionis di Gaza– Nadir
- Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, denda RM10 juta serta 2 sebatan
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Empat dipercayai tertimbus bangunan runtuh di Pulau Perhentian
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Khai Bahar dengar bisikan suruh terjun balkoni rumah
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Hamas musnahkan 6 kereta kebal Israel di Gaza
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- MP Bersatu sokong PM tetap katak – Akmal
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Jurutera conteng dinding kedutaan AS, Caprice ‘payung’ denda
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras
Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)
You must be logged in to post a comment.