Anwar selar pemimpin dunia tidak mampu usahakan gencatan senjata di Gaza
Anwar selar pemimpin dunia tidak mampu usahakan gencatan senjata di Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan segelintir pemimpin dunia yang kononnya berbicara mengenai hak asasi dan demokrasi, namun tidak mampu menegaskan usaha gencatan senjata di Gaza.
Perdana Menteri, malah menyifatkan itu sebagai satu ‘kerja gila’ kerana hanya mampu menyatakan ‘humanitarian pause’ yang boleh difahami sebagai berhenti sekejap daripada serangan sementara bantuan disalurkan dan kemudiannya boleh menjatuhkan bom semula.
Beliau berkata, ini bermakna pemimpin terlibat tidak bersetuju melaksanakan genjatan senjata yang boleh diterjemahkan dalam bahasa diplomasi.
“Tengok pemimpin kononnya berbicara mengenai hak asasi dan demokrasi, mahu sebut ‘ceasefire’ pun tidak boleh. Dia juga kata ‘humanitarian pause’ di mana dalam bahasa diplomasi maknanya mereka tidak mahu gencatan senjata.
“Mereka tidak mahu genjatan senjata kerana dia mahu teruskan tindakan itu (kekejaman). Humanitarian pause maknanya, berhenti sekejap dan selepas ini bom kembali, ini kerja gila,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menggesa semua pihak khususnya parti-parti politik untuk bersatu bersama dalam isu Gaza serta mencari penyelesaian terbaik membantu rakyat Palestin.
“Saya tengok polemik parti dan golongan ekstrem melampau (isu Gaza), jadi sudahlah. Kita pakat bersama kerana orang dibunuh, anak kecil mati. Fikirlah bersama bagaimana mahu bantu (Palestin).
“(Contohnya saya) hubungi syarikat besar lain, cari jalan tambah peruntukan yang melebihi RM100 juta yang kita kirimkan. Pastikan juga kiriman itu menerusi badan dipercayai dan janganlah kita bina mahligai atas pusara orang lain.
“Maknanya patut ada kesedihan dan doa, dan bukannya mendirikan mahligai atas pusara orang lain seperti mencari markah politik, itu menyedihkan,” tegasnya. Utusan
Anwar selar pemimpin dunia tidak mampu usahakan gencatan senjata di Gaza
Baca Artikel Menarik:
- https://mykmu.net/2023/11/06/graduan-unisza-terima-berita-kematian-bapa-ketika-menanti-giliran-terima-skrol/
- Azwan mahu saman Aliff Syukri RM100 Juta
- Azharina Azhar hidap penyakit misteri
- Lepas kahwin Intan Najuwa makin lawa macam anak dara
- Ryan Bakery, Adam, tolong sedar diri
- Tentera Ukraine diambang kekalahan
- Strategi jihad ganjil
- Ayah Angelina Jolie marah anaknya menyerang Israel
- GV10: Nasib malang Ezad Lazim
- GV10: Hardy Mirza rampas kedudukan Liza Hanim
- Penghidap barah payu dara jadi mangsa gangguan seksual ‘ayahanda’
- Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong
- Pos kawalan tentera Israel dibedil roket Burkan oleh Hizbullah
- Konflik Palestin-Israel: Jenazah pemuda berbau kasturi [VIDEO]
- Konflik Palestin-Israel: Pakai telekung waktu tidur, sedia mati syahid [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi
Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah
You must be logged in to post a comment.