Wanita anjur majlis pengebumian diri sendiri selepas putus cinta
Seorang wanita di wilayah Sichuan mengadakan acara pengebumian untuk diri sendiri dalam usahanya untuk pulih selepas putus cinta, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.
Wang, 25, menjemput rakan-rakannya menghadiri acara pengebumian itu untuk ‘mengucapkan selamat tinggal’ kepadanya pada 28 Oktober lalu.
Hubungan Wang dengan teman lelakinya selama tiga tahun berakhir enam bulan lalu selepas ibu bapanya tidak membenarkan mereka berkahwin.
Sejak menghadiri beberapa majlis perkahwinan baru-baru ini, Wang tertekan kerana sering disoal oleh rakan-rakannya mengenai tarikh perkahwinannya.
Wang berniat mengadakan acara pengebumian itu untuk memberi peluang kepada rakan-rakannya berkumpul dan menandakan kebangkitan hidupnya tanpa teman lelaki.
Lebih 12 rakan Wang dijemput ke sebuah kedai bunga di bandar Chengdu dengan tempat itu disediakan secara percuma oleh pemilik kedai tersebut.
Rakaman kejadian memaparkan Wang berbaring di atas katil dikelilingi lilin, manakala rakan-rakannya melakukan ritual seperti acara pengebumian. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris
Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’