Upah syarikat bukan Islam jilid al-Quran

Upah syarikat bukan Islam jilid al-Quran

Pengarah syarikat percetakan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengupah syarikat bukan Islam menjilid 3,800 naskah al-Quran, pada Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Hatim Ab Wahab, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.



“Kamu (Hatim) diberikan kuasa mencetak, kamu kena tahu siapa apa yang boleh buat (jilid) al-Quran.

“Tidak perlu diajar, kita orang Islam, kita kena tahu. Betul tak? sensitiviti kena jaga,” katanya Farah Azura menurut Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, Hatim didakwa melanggar peraturan syarat lesen dikeluarkan Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) kerana membenarkan kitab suci itu dijilidkan oleh sebuah kilang milik bukan Islam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kilang milik Hua Mei Industry Sdn Bhd di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, 3.05 petang, 7 Mac.



Pada prosiding sama, Pengarah Syarikat Hua Mei Industry Sdn Bhd Sum Yew Hom, 41, didakwa melakukan kesalahan menjilid kitab suci al-Quran tanpa lesen pada tempat, waktu, dan tarikh sama.

Lelaki tempatan itu didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Percetakan al-Quran 1986 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(6) yang memperuntukkan hukuman sama.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Surieyani A Razak dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah dan memohon hukuman ringan dikenakan ke atas mereka.



Hatim berkata, syarikatnya, Tihani Cetak Sdn Bhd mengupah Hua Mei Industry Sdn Bhd kerana mempunyai kelengkapan lengkap menjilidkan al-Quran dan ramai pekerja syarikat itu adalah orang Islam.

“Kesilapan ini kami terlepas pandang. Kami meminta maaf di atas kesilapan yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya, selain ini adalah kesalahan pertama,” rayunya. HM

Upah syarikat bukan Islam jilid al-Quran

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

https://mykmu.net/2024/04/22/sebab-syasya-tinggalkan-dolla/



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker