Kes rogol, bunuh dan curi kereta di Kelantan meningkat

Kes rogol, bunuh dan curi kereta di Kelantan meningkat

KOTA BHARU – Indeks indeks jenayah bagi kes bunuh, rogol dan curi kereta di Kelantan mencatatkan peningkatan sepanjang 10 bulan tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kes rogol menunjukkan peningkatan sebanyak 31.7 peratus iaitu daripada 82 kepada 108 kes dan kebanyakannya melibatkan mangsa bawah umur.



“Kes bunuh pula mencatatkan peningkatan daripada enam kepada sembilan kes pada tahun ini.

“Bagi kes curi kereta, jenayah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 22.7 peratus iaitu daripada 97 kepada 119 kes pada tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini, hari ini.

Bagaimanapun kata Muhamad Zaki, indeks jenayah keseluruhan di Kelantan menurun sebanyak 8.9 peratus iaitu 1,688 kes bermula Januari hingga Oktober lalu berbanding 1,852 kes dalam tempoh sama tahun lepas. K Online

Kes rogol, bunuh dan curi kereta di Kelantan meningkat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker