Bantuan perubatan segera digugurkan di Gaza – Raja Jordan

Bantuan perubatan segera digugurkan di Gaza – Raja Jordan

AMMAN: Tentera udara Jordan menghantar bekalan perubatan penting ke hospital lapangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II, awal hari ini.

“Anggota tentera udara kami tidak gentar menghantar bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital lapangan Jordan di Gaza.

“Ini adalah kewajipan kami membantu saudara kami yang cedera dalam perang ke atas Gaza,” katanya menerusi platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Katanya lagi, Jordan akan sentiasa bersama dengan rakyat Palestin.

Pengguguran bantuan melalui udara itu diumumkan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, melakukan lawatan diplomatik serantau.

Beliau mengadakan perbincangan di Amman pada Sabtu dengan rakan sejawatannya dari Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Semalam, Blinken melawat Tebing Barat, Iraq dan Cyprus yang diduduki, ketika beliau meneruskan perjalanannya, dengan tumpuan memastikan bantuan sampai kepada orang awam yang terkepung di Gaza.

Peperangan bertambah sengit di Gaza semalam, yang kini memasuki hari ke-30 sejak pejuang Hamas menyerbu sempadan Israel, dengan regim Zionis tanpa henti mengebom Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas melaporkan 9,770 orang terbunuh setakat ini dengan kira-kira dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak. BH

Bantuan perubatan segera digugurkan di Gaza – Raja Jordan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker