Anwar, Erdogan, MBS akan bertemu bincang konflik Palestin dalam tempoh segera

Anwar, Erdogan, MBS akan bertemu bincang konflik Palestin dalam tempoh segera

Malaysia sudah menghubungi pemimpin dunia Arab termasuk Turkiye dan Iran untuk mengadakan perbincangan berkaitan konflik kemanusiaan di Palestin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau turut mengusulkan supaya pertemuan itu tidak dihadkan hanya kepada pemimpin negara Islam sebaliknya dibuka kepada negara lain seperti Brazil, Ireland, Russia dan China.

“Saya (pada) mulanya mengusulkan jangan hanya dalam kalangan pemimpin negara Islam kerana Brazil, Ireland, Russia dan China itu mempunyai pendekatan lunak, pendirian untuk mempertahankan hak kemanusiaan.

“Tetapi apabila berbincang dengan pemimpin (ini), belum ada konsensus (untuk) membawa negara luar Islam.

“Jadi keputusan sekarang ini, yang bincang dengan Putera Mohammed bin Salman (Putera Mahkota Arab Saudi), Presiden Turkiye (Recep Tayyip Erdogan), ialah adakan (pertemuan dalam) tempoh segera, mungkin sehari dua ditetapkan beberapa tarikh mempertemukan pemimpin Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Mohd Zuki.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perkembangan konflik di Palestin khususnya Gaza semakin mendapat perhatian masyarakat dunia terutama di Barat kerana belum pernah itu berkenaan dibahas secara terbuka.

“Perhimpunan dan unjuk rasa (tunjuk perasaan) ini besar sekali di Eropah,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang bertemunya baru-baru ini turut mendukung supaya serangan di Palestin dihentikan.

“Dia (Rutte) ada maklum dua per tiga (rakyat Belanda) simpati kepada Palestin dan saya juga sudah minta (kepada Rutte supaya) disampaikan pandangan Malaysia kepada pemimpin negara Eropah,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, hubungan baik antara Malaysia dan Mesir membolehkan bantuan kemanusiaan negara ini dihantar dengan segera kepada rakyat Palestin.

Katanya, Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, mengotakan janjinya untuk mempermudah urusan bantuan kemanusiaan daripada Malaysia.

“Dalam pertemuan (dengan Abdel Fattah El-Sisi ), sentimennya sangat baik dan saya minta beri keutamaan (mengenai) bantuan kemanusiaan dari Malaysia.

“Alhamdulillah, dia pegang kepada janji. Malaysia dan pesawat kita sampai antara paling cepat, diberi layanan dan dapat seberang sempadan (dengan mudah),” katanya. BH

Anwar, Erdogan, MBS akan bertemu bincang konflik Palestin dalam tempoh segera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker