Lelaki ugut Menteri Pendidikan ditahan
Lelaki ugut Menteri Pendidikan ditahan
Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemilik akaun di aplikasi X berusia 28 tahun itu ditahan di Setapak di sini, semalam.
“Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas lelaki itu dibenarkan selama tiga hari.
“Setakat ini, empat laporan polis diterima berhubung isu sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Orang ramai turut diingatkan supaya cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama membabitkan keselamatan serta kegentaran awam ketika menggunakan media sosial. HM
Lelaki ugut Menteri Pendidikan ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris
‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)
You must be logged in to post a comment.