Israel menggila, Universiti Al-Azhar jadi sasaran pengeboman

Buat kali kedua sejak beberapa hari lalu, rejim Israel menyasarkan Universiti Al-Azhar Mesir cawangan Palestin di Gaza.

Memetik laporan Iran Press, pengeboman kompleks Universiti Al-Azhar di Gaza semalam dilakukan pada hari ke-29 perang Israel-Palestin.

Al-Jazeera telah menyiarkan rakaman Israel menyasarkan kompleks Universiti Al-Azhar oleh rejim Zionis.

Serangan udara yang meluas ke atas penduduk Gaza bercampur dengan sekatan ke atas mereka berlaku selepas pasukan pejuang Hamas melakukan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas tentera rejim Israel pada 7 Oktober sebagai tindak balas jenayah harian rejim terhadap rakyat Palestin selama 75 tahun.

Menurut pegawai Palestin, angka kematian di Gaza meningkat kepada lebih 9,000 orang, termasuk hampir 4,000 kanak-kanak. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker