Zakir Naik sumbang wang menang saman RM1.52 juta untuk Palestin
Pendakwah dari India, Dr. Zakir Naik hari ini memaklumkan akan menyumbangkan sepenuhnya wang diperolehnya hasil kemenangan dalam kes saman fitnah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy kepada Palestin.
Zakir menerusi hantaran di Instagramnya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Mahkamah Tinggi kerana memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta atas dakwaan fitnah.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia kerana mengarahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta sebagai ganti rugi fitnah
“Saya ingin menderma jumlah penuh, iaitu RM1.52 juta kepada Palestin. Saya berdoa agar Allah SWT menerima usaha kecil ini,” katanya.
Dalam pada itu, Zakir dalam hantaran sama berkata, rakyat Palestin ketika ini sedang melaksanakan tuntutan fardu kifayah untuk melindungi tempat suci ketiga umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa.
“Saya berdoa agar Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kemenangan kepada perjuangan Palestin.
“Semoga Allah SWT meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, menguatkan mereka dalam melawan pihak yang menindas dan memasukkan syuhada mereka ke darjat tertinggi di syurga-Nya, amin,” ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Zakir, dalam masa 30 hari.
Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati Zakir selaku plaintif berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan pemimpin DAP itu, empat tahun lalu
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris
‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)
Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck