Pembangkang mahu peruntukkan? Runding dahulu dengan TPM II – Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalannya Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ini susulan kenyataan Ahli Parlimen pembangkang semalam, yang memaklumkan akan menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan bagi kawasan mereka dengan Fadillah.

“Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.



Ditanya mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi Ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”.

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan berkata beliau telah bertemu Fadillah sebanyak dua kali bagi berbincang mengenai peruntukan berkenaan, sebelum memaklumkan akan menghentikan rundingan berhubung perkara itu.

Takiyuddin Hassan, menjelaskan rundingan diketuai Fadillah itu meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan dengan menyatakan jaminan tertentu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menjelaskan jaminan atau aku janji diminta oleh pemerintah.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker