‘Makmal’ proses air ketum diserbu
Sebanyak 96.96 kilogram (kg) daun ketum dan 270,000 mililiter (ml) air ketum siap diproses dirampas dalam serbuan di dua buah rumah di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan pukul 5 pagi di Bandar Salak Tinggi itu, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah, pihaknya berjaya merampas 180 botol plastik lutsinar berisi air ketum dengan anggaran berat 270,000 ml.
Beliau berkata, lanjutan daripada serbuan pertama, pihaknya kemudian menyerbu rumah bersebelahan dan merampas lagi 284 bungkus plastik lutsinar yang didalamnya berisi 68.49 kg daun ketum.
“Turut dirampas dua bungkus guni warna putih yang didalamnya berisi leraian daun ketum yang siap dihiris seberat 28.47 kg selain dua tong, satu unit dapur gas dan satu unit periuk aluminium.
“Siasatan awal mendapati, daun ketum yang dirampas itu dipercayai diproses untuk menjadi air ketum sebelum dijual untuk pasaran sekitar Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, nilai rampasan keseluruhan barang kes dianggarkan bernilai RM3,670.
Menurutnya, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 6 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris
You must be logged in to post a comment.