Bersatu gantung keahlian MP Kuala Kangsar 4 tahun
Bersatu gantung keahlian MP Kuala Kangsar 4 tahun
Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid digantung keahlian selama empat tahun berkuat kuasa 3 Nov susulan tindakannya mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata selain keahlian, semua jawatan yang disandang wakil rakyat itu turut digantung bagi tempoh sama.
“Iskandar digantung keahliannya berserta semua jawatan dalam parti yang dipegang bagi tempoh empat tahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 3 Nov,” katanya dalam kenyataan.
Hamzah berkata, keputusan penggantungan itu dibuat Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu yang bersidang semalam bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan Perlembagaan oleh Iskandar Dzulkarnain yang juga ketua bahagian Kuala Kangsar.
“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan,implikasi serta impak kepada parti dan juga surat penjelasan daripada Iskandar Dzulkarnain, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu,” katanya.
Sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan menyokong kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya. FMT
Bersatu gantung keahlian MP Kuala Kangsar 4 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris